Filem Klip 3GP Di Pawagam 13 Oktober 2011 | Sesuaikah Untuk Tontonan Rakyat Malaysia??
Tengok tajuk "Klip 3GP", rasa-rasa apa pandangan anda tentang filem ni berdasarkan tajuk tu??..huhu..Tapi berdasarkan konsep yang diterapkan adalah 3G iaitu Gerun, Ganas danGhairah..Tapi rasa-rasa banyak part tang ghairah tu kot..hehehe..Apapun filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober.
Filem ini adalah lakonan Zahiril Adzim, Mimie One Nation Emcee, Fikhree Abu Bakar,Zydee, Syafiq Isam,Iskandar,Tasha Shila,Sara Ali, Amanda Misbun,Adeline Anthony,Sabhi Saddi dan lain-lain.
Jalan cerita atau sinopsis cerita Klip 3GP ini adalah gabungan beberapa cerita yang berbeza. Kisah satu mengisahkan tentang Eddie yang hidup mewah dengan hasil jualan video-video pornografi yang dibelinya di internet. Kisah dua pula mengisahkan Maya yang diugut oleh Sunny yang memiliki video hubungan sulit mereka.Malah tindakan Sunny mengugut Maya disokong oleh isterinya sendiri,Rita yang inginkan wang. Kisah tiga mengisahkan 3 sahabat Suria, Mina dan Zakiah yang mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Malangnya dalam perjalanan mereka diburu oleh makhluk yang menyeramkan.




